Perkembangan Syarikat

timeline

Pengenalan

                  Kami bermula pada April 2004 hanya sebagai satu perniagaan dobi di atas nama Edot's Laundry Station (ELS) bertempat di No 9163, Jalan Negara, Taman Melawati. Pemilihan nama E-dot's adalah memberi maksud dalam bahasa Inggeris seperti berikut:


edot stands for

                  Selepas itu ELS berpindah ke tapak perniagaan sekarang iaitu di No: 5433, Jalan J9, Taman Melawati dan terus berkembang maju.

                  Pada tahun 2006, ELS telah ditawarkan tempat di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti di Bukit Damansara untuk memberikan perkhidmatan dobi kepada kakitangan Suruhanjaya Sekuriti berkonsepkan pusat pungutan.

                  Dalam tahun 2006, ELS mula menggerak langkah dalam bidang latihan dan jururunding serta pembekalan peralatan dobi kepada Bumiputera yang berminat dalam bidang dobi tetapi tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mana setakat ini ELS sudah berjaya melahirkan lebih daripada 140 usahawan Bumiputera di seluruh Malaysia yang dianggap sebagai sebuah rangkaian di bawah ELS.

                  Demi untuk memperkemaskan lagi sistem operasi dobi, pada pertengahan tahun 2007, ELS telah menubuhkan sebuah syarikat kerjasama iaitu syarikat EAZ IT Solutions dalam bidang teknologi maklumat untuk membangunkan sistem pengurusan yang bersepadu yang diberi nama sebagai ELS Laundry Management System yang diusahakan oleh Muhammad Firdauz bin Jamil, Abdul Azeem bin Abdul Fattah dan Muhammad Azrain bin Kamaruddin. Aplikasi ini telah digunapakai dengan jayanya oleh lebih 20 rangkaian ELS di seluruh Malaysia. Permintaan ke atas aplikasi sistem ini terus mendapat perhatian bagi rangkaian-rangkaian baru.

                  Bagi menampung operasi ELS yang semakin bertambah, pada April 2008, satu lagi cawangan dibuka di No: 1 Jalan H3 atas nama Dobi Cucisini.

                  Untuk memperkemaskinikan operasi perkhidmatan dobi, sebuah lagi syarikat yang diberi nama Edot's Management Resources (EMR) telah ditubuhkan pada April 2008. Syarikat ini bertanggungjawab di atas segala pengurusan yang tidak melibatkan operasi perkhidmatan dobi seperti pengurusan pembelian dan pembekalan serta pentadbiran keseluruhan operasi syarikat termasuk perkhidmatan selepas jualan.

                  Dengan penubuhan EMR ini, ELS dan Dobi Cucisini serta syarikat-syarikat kerjasama diletakkan di bawah EMR sebagai syarikat induk. Dalam masa terdekat, pihak EMR dalam perancangan akan memasuki bidang francais dengan kerjasama sebuah syarikat lain bagi memenuhi matlamat EMR iaitu untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang unggul dalam bidang pengurusan dobi.


Carta Organisasi

emr organization chart

  • EAZ IT Solutions
    EAZ adalah syarikat yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sistem dobi berkomputer.
  • Kilang Sabun
    Bertanggungjawab mengilang dan membekal bahan-bahan cucian HALAL bagi EMR mengikut formula yang ditetapkan oleh EMR serta memastikan agar bekalan berterusan.